Saturday, September 26, 2009

selamat berjuang adik2ku...

assalamualaikum wbt.

agak lama juga ketidakhadiran ini... hampir2 terlupa, esok; hari pendaftaran semula kolej bermula... bererti langkah demi langkah menapak kembali...mengusung diri ke menara cita..samada tanpa sedia; sekalipun tanpa rela...

ya, langkah mesti diteruskan betapapun keadaannya..sebagaimana pemergian less n yid.. adik2ku yang mungkin di kala ini baru sahaja memijakkan kaki2 mereka di joburg!! sepuluh jam di udara dan sampai di keheningan subuh afrika selatan... sesuatu yang tak terfikirkanku di kala awal usia belasan akan berpisah dengan keluarga tercinta... ya khaliq ya wadud ya salam... subhanallah!!

begitulah ketentuan ilahi dalam sendu tangis rindu dan doa berpadu untukmu adik2ku..

berusahalah, berdoalah, berjuanglah terus tanpa gundah kerana jihad insan yang menuntut ilmu keranaNya setaraf mereka yang berjihad fisabilillah..insyaallah... malaikat dan semua makhluk di laut turut mendoakan.... insyaallah... ameeen'

kami tidak mengharapkan apa2, sekadar harapan & doa jua agar tidak sesekali dilepaskan peluang cepumas' ini yang belum tentu akan berulang...!!

* genggam kemas dan capai jayamu dengan sepenuh tulus menuntut ilmu semata buatNya!! pastinya nanti allah bersama kalian selalu dan buatlah yang terbaik untuk misi/visi perjuangan ini.... dipermudahkanlah jalan kebaikan ini dalam rahmat, ridha allah sentiasa...'

ameen ya rabbal alamin..

irhamna, ya halim..

"SELAMAT BERAKIT2 KE HULU, BERENANG2 DI TEPIAN
BERSAKIT2 DAHULU, BERSENANG2 DI KEMUDIAN!!!

SELAMAT BERJUANG!!

wassalam..

Friday, February 20, 2009

FRIDAY - the BEST DAY..


semoga hari jumaat yang berkah ini dipenuhi dengan salawat & salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w.

ameeen...

happy friday..

Saturday, January 10, 2009

BUATLAH YANG PALING TERBAIK UNTUK DIRI

anakku,

janganlah gundah-gulana
atau takut masuk gelanggang..
usahakanlah seterdayamu dengan keringat yang paling ikhlas;

nescaya kau kan lihat benderangnya alam;
dengan sekelumit jerihmu tapi tulus
di situlah kekuatan alam..

hari ini engkau menyaksi,
bukan bulan lagi di riba palestin tapi siang malam dihujani peluru melulu,
kuffar laknatullah nescaya binasa mereka sebinasanya jua..

hatta si kecil di sana tidak gentar ingin berjihad sama
biar hanya batu kecil di genggaman ibarat bedilan bom nuklear buat israel
janji Allah benar,
seperti yang termaktub dalam "surah al-fiil"

justeru teladanilah si cilik Palestin anakku
agar dirimu juga berjaya
jihad dalam mencari ilmu..

dengan ilmu,
iman dan amal paling berpadu!!

ameen.....

irhamna...


SEMOGA ALLAH MENGASIHANI & MEMUDAHKAN JALAN PAYAHMU!!
SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM...

Saturday, December 20, 2008

jangan sesekali menjadi petualang seandainya diri tidak ditakdirkan menjadi bintang!


jadilah diri kita sendiri yang terbuka menerima kritikan dan berusaha memperbaiki kelemahan..
kekuatan seseorang bukanlah kerana kepandaian azali tetapi kerana kesungguhan mencari ilmu untuk dimenafaati..

akan sesialah perjuangan tanpa pengorbanan,
namun pengorbanan bertukar tragedi tanpa pengertian..

nikmatilah hidup ini seadanya mengikut landasanNya yang jelas,
dan sentiasa mengharap rahmat belas dari Yang Maha Esa...

Ameen.

Sunday, July 6, 2008

itukah green light Nya ?

apa ada pada semalam?



kelmarin adalah tragedi
semalam adalah memori
hari ini adalah realiti
esok masih belum pasti..

genggam sekemasnya apa yang dimiliki sekarang,
sebelum terlepas bahagian yang diperlukan nanti
kerana peluang cuma datang sekali;
belum tentu berulang ia kembali..

anyway,

PROBLEM TOO IS AN OPPORTUNITY!

so, handle it effectively..

smile!!

singgah jap dan pergi lagi..


bahawa kembaraan ini harus diteruskan
bukan sekadar perjalanan
tapi kefardhuan..

sehingga suatu saat yang pasti
perkelanaan terminal

cukup sampai di situ...

bukan apa-apa
tapi pertemuan yang baru berputik ini
masih jauh lagi,
sedang derapan kaki...
bukan segagah dahulu
meski hakikatnya begitulah...

melangkah teruslah melangkah
jangan mundur

sekalipun gugur..

agar setiap kesungguhan @
kesulitan bergantikan kemudahan..!!

amen..